Monday 15 February 2016

SLIP DISC, MENAHAN SAKIT

Setelah setahun lebih aku disahkan mengalami 'slip disc' di bahagian pinggang. Dalam tempuh tersebut tak tau nak cerita keadaan sakit yang ku tanggung. Ku redha dan pasrah dengan takdir
Tuhan kepada ku, namun aku belum berhenti berikhtiar, aku yakin terhadap ramai kata-kata sahabat bahawa aku belum ketemu penawar, in sya Allah dengan kehendak dan izin Allah akan bertemu dengan penawar suaut hari nanti, memamg benar kata2 tu.

Kadang-kadang aku terpaksa mengambil cuti sakit atau cuti rehat sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu, boleh dikatakan setiap minggu, aku yakin setiap apa yang terjadi ada hikmahnya yang kita tidak sedar. Aku yakin sebenarnya aku perlu berehat daripada kerja seharian sebagai penjawat awam yang memerlukan aku bertugas di pejabat tidak kurang dari 9 jam sehari kecuali hari Khamis hanya 7.5 jam, dah 36 tahun aku berkhidmat, in sya Allah tahun ni jugak nak bersara pilihan. hikmah sakit ini bagiku adalah aku boleh buat keputusan untuk bersara awal. Semoga aku ada masa untuk hidup tanpa rutin harian yang telah ditetapkan oleh tugas dan tanggungjawab yang aku dibayar gaji, tapi aku boleh hidup dengan rutin harian yang aku pilih sendiri selari dengan ketetapan syariat, aamiin...

Aamiin... ya Allah.

Monday 21 December 2015

Sakit Pinggang

Assalamu'alaikum,
      Terlalu lama dah aku tak buka blog ni, apalagi mencoret sesuatu. Terlalu banyak pengalaman-pengalaman baru yang ku tempuh pada tahun ni.

      Bermula hujung Januari terlalu menanggung sakit pinggang. Dah lama sebenarnya sakit pinggang ni, dah letih pi jumpa doktor, xray dan makan ubat. Aku nekad pi PMC, jumpa doktor, di buat MRI, rupanya slip disc di L4, L5 dan S1. Disuntik steroid, MC 2 minggu. Sakit tak juga kurang.

Sambung lagi lain kali, dah rasa sakut pinggang pulak.

Monday 16 March 2015

SAKIT ADALAH UJIAN DAN PERINGATAN DARI ALLAH SWT

Ranjau hidupku sejak dari kecil amat payah untuk difikirkan kiranya perlu dilalui generasi zaman kini.

Seusia aku masih bersekolah rendah aku telah mula berfikir hasil pencarian rezeki oleh arwah ayah dengan tulang empat kerat, tidak dapat aku bayangkan bagaimana kiranya ayahku dijemput Allah masa tu. Alhamdulillah ayah dianugerahi kekuatan fizikal yang tahan lasak dek panas dan hujan dan ayah seorang yang amat rajin berusaha hanya dengan basikal tua yang dimilikinya sejak berpuluh tahun. Arwah ayah tidak mudah jatuh sakit, malah ketika usia 89 tahun ayah masih mampu berbasikal ke pekan terdekat untuk bersarapan dan membeli sayur dan lauk untuk keluarga.

Masih segar dalam ingatanku ayah meninggal ketika kemalangan dilanggar motosikal ketika pulang dari membeli ikan. Alfatihah untuk arwah ayah Salleh bin Haji Omar yang telah pulang mengadap Ilahi pada 29/1/2013.

.....bakal disambung....

Wednesday 19 November 2014

RASULULLAH S.A.W. MENJAHIT SENDIRI BAJUNYA.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata yang maksudnya: Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia biasa, Baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.
Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a., yang maksudnya: Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatutnya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.
Al-Ahzab [21] "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

HOBIKU
Salah satu hobiku adalah MENJAHIT. Ketika zaman persekolahan, ketika mula masuk sekolah menengah, aku ditempatkan di tingkatan 1E( aliran perdagangan). Aku tak puashati sebab aku nak masuk aliran ERT(ekonomi rumah tangga). Sebab aku nak belajar memasak dan menjahit, sesuai dengan gadis yang sedang meningkat remaja. Guru kelas ku memujuk untuk aku terus 'stay' kelas perdagangan kerana aku terpilih dek kerana ujian saringan matematik ku tertinggi. Aku terpaksa akur dengan pujukan cikgu ku. 
Bermacam cara aku cuba belajar buat baju sendiri. Ku ambil pakaian lama yang dah tak boleh pakai untuk ku cuba menggunting baju sendiri, namun sering tak jadi. Sehinggalah pada suatu hari ku masih tak putus asa untuk menjahit, ku cuba gunting baju kurung pesak, namun tak pandai pula nak gunting leher. Zaman dulu kalau gunting baju kurung pesak tak ada tulang atas bahu, jadinya susah nak tebuk leher, sehinggalah emak saudara aku datang, beliau tunjukkan cara buat lubang leher baju kurung. alhamdulillah aku berjaya menjahit baju sendiri pada usia 16 tahun hanya bantuan bahagian leher oleh ibu saudaraku.
Bila usiaku 17 tahun teringin pula nak jahit baju kurung moden(cekak musang). Kebetulan bapa saudaraku (abah Hj Abdul Rashid di Kuala Berang) menghadiahkan kain corak batik untuk sepasang baju, masa tu dah dekat nak raya, takda orang sanggup terima tempahan. aku terpaksa memujuk seorang jiranku yang memang mengambil tempahan pakaian untuk tolong ajar aku potong dan jahit bajuku. Alhamdulillah dia bersetuju dan aku berjaya menghasilkan baju sendiri(kurung cekak musang).
Sejak itu aku sangat teringin nak jahit baju orang lain pula, tapi kesusahan keluarga yang tidak ada lebihan wang untuk aku hadir kelas jahitan. Sehingga pada satu masa aku berjaya dapat kerja di Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku menetap di Bagan Ajam(menumpang rumah sepupu) berjiran dengan keluarga berbangsa Cina yang sangat fasih berbahasa Melayu. Aku belajar menjahit waktu malam, silibus menjahit yang sepatutnya ambil masa 3 bulan, aku berjaya tamatkan dakam masa 2 bulan. Semasa ikuti kelas perlu banyak modal, tak ada duit nak beli kain, aku dibantu oleh kawan-kawan, sepupu-sepupu. Untung mereka dapat baju tanpa bayar upah. Mesin jahit aku beli yang terpakai dengan duit simpanan siling 50 sen(hobi aku simpan siling 50 sen berbaloi).
Sejak itu sambil kerja aku terus menjahit hingga kini. Cuma kini setelah umur meningkat kepada 5 series ini agak kurang kerana keterbatasan tenaga dan masa, namun minat masih membara. Banyak perkara baru dicari agar tidak ketinggalan zaman.
Sentiasa ikuti kelas-kelas jahitan seperti di Kolej Komuniti, Institiut Kemahiran MARA dll. Kini dengan teknologi ICT, banyak ilmu dan panduan menjahit boleh didapati dari youtube. 
Cita-citaku bila bersara dari pekerjaan nanti nak buka kelas jahitan bagi menyalurkan ilmu menjahit kepada generasi muda. Moga menjadi bekalan untuk aku diakhirat nanti. Ilmu berguna bagi bantu wanita muslim menutup aurat dan memperolehi pendapatan dari aktiviti menjahit, Insya Allah.
-miasal